Oleh Linajah
Qadha’ bererti ketetapan
dan qadar bererti taqdir – nasib atau untung. Dalam aqidah Islam, qadha’ dan
qadar ialah ketetapan Tuhan di dalam Azali tentang nasib atau untung seseorang
manusia itu apakah mereka akan masuk dalam firqah orang yang beruntung atau
orang yang celaka sa’adah atau syaqawah.
Dalam aqidah Islam,
mempercayai qadha’ dan qadar adalah salah satu rukun aqidah, di mana masalah
qadha’ dan qadar ini dibicarakan secara meluas dan mendalam oleh semua agama
samawi. Ahli Sunnah Wal Jamaah percaya kepada taqdir. Mereka beriktiqad bahawa
semua perkara yang berlaku dan yang terjadi di alam ini sudah ditentukan dan
ditetapkan oleh Allah s.w.t. dalam Azali sebelum sesuatu itu berlaku dan
terjadi, di mana semuanya itu sudah ditulis lebih dahulu dalam Luh Mahfuz.
Beriman kepada qadar
memberi arti
ketetapan yang ditentukan oleh Allah terhadap makhluknya pada azali lagi,
manakala qadha’ pula ialah pelaksanaan ketetapan pada azali juga. Bila
disatukan dua perkataan ini memberi arti “suatu ketetapan yang dilaksanakan oleh Allah terhadap
makhluk-Nya pada azali.
Tegasnya, mengikut iktiqad Ahli Sunnah Wal
Jamaah semua perkara yang sudah berlaku dan akan terjadi di alam ini sudah
diketahui oleh Allah s.w.t. Iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah tersebut berhujjah
dan berdalilkan nas-nas berikut ;
Maksudnya: Tidak ada sesuatu
kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga (yang
menimpa) diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam kitab (pengetahuan Kami)
sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah
mudah bagi Allah.
BAGIAN QADHA’ DAN QADAR
·
Qadha’ Qadar Mubram”\
Yaitu qadha’ dan qadar yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t.
mengikut perancangan-Nya pada azali dan tidak terubah lagi, seperti jenis
bangsa: Arab, Melayu, India, Inggeris dan lain-lainnya. Begitu juga malapetaka
dan bencana-bencana alam yang berlaku. Kesemuanya itu sudah tetap dan tidak
boleh berubah lagi.
·
Qadha’ Qadar Muallaq
Yaitu apa-apa yang berkaitan dengan usaha ikhtiar manusia, seperti
sebab-sebab yang membawa kecelakaan dan kebahagian kepada seseorang,
sebab-sebab yang membawa kederhakaan dan ketaatan dan lain-lainnya.
Maksudnya : Sesungguhnya
Kami telah menunjukkan kepadanya (manusia melalui akal dan rasul) akan
jalan-jalan yang benar dan yang salah sama ada ia bersyukur (dengan beriman)
atau ia kufur (mengingkari kebenaran).
HUBUNGAN
QADHA’ DAN QADAR DENGAN IKHTIAR
Manusia mempunyai
tindakan-tindakan ikhtiar seperti jika mereka hendak bergerak ke kanan atau
bergerak ke kiri atau pun jika mereka berkehendak makan roti, mereka akan makan
roti dan bukannya pasir. Manusia juga mempunyai kehendak dan kuasa untuk melakukan aktiviti.
Kuasa yang diberikan ini adalah asas taklif syara’ dan tempat tanggungjawab
terhadap aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan. Berasaskan ini timbulnya dosa
dan pahala. Namun demikian ia tidak bertentangan dengan keyakinan bahawa Allah
adalah pencipta semua yang ada di dalam alam ini.
Berdasarkan perhitungan
ini dinyatakan Allah pencipta segala perbuatan hambanya kerana Allah mencipta
sesuatu mengikut perantaraan dan sebab.Allah mentaqdirkan sebab dan musabab
sekaligus. Qadar adalah tertakluk kepada suatu yang baharu yang terdapat dalam
alam ini. Sebagai contoh, apabila Allah menghendaki seseorang itu sembuh, Allah
bukan sahaja mentaqdirkan kesembuhan tersebut tetapi mentaqdirkan juga
pengambilan ubatan secara khusus atau mengelakkan diri daripada mengambil makanan
yang menyebabkannya sembuh.
HUBUNGAN
QADHA’ DAN QADAR DENGAN AMAL SOLEH
Ada di kalangan kita yang
beranggapan bahawa beriman dengan qada’ dan qadar bertentangan dengan konsep
berusaha untuk melakukan amalan ketaatan dan amal soleh. Apa saja yang diketahui
oleh Allah pada azali dan ditulis oleh al-Quran di dalam al-kitab al-Maknun
pasti berlaku.
Sebagai contohnya, jika
telah terdapat pada ilmu Allah, Misnan termasuk ke dalam kalangan orang-orang
yang jahat dan ahli neraka maka Misnan tidak akan bertukar menjadi seorang yang
baik dan seorang ahli syurga satu ketika nanti. Oleh itu, sesetengah
orang mengatakan orang yang baik itu ialah orang yang baik semenjak di dalam
perut ibunya dan orang yang jahat itu adalah orang yang jahat semenjak di dalam
perut ibunya lagi. Orang yang bahagia tidak akan menjadi celaka dan orang yang
celaka tidak akan menjadi bahagia. Ini menyebabkan mereka berfikir bahawa tidak
ada faedah beramal dan hanya penat sahaja . Ini adalah qadar Allah pasti akan
berlaku. Dalam membicarakan hal ini, ada dua aspek kesalahan besar yang telah
dilakukan Yaitu
:-
1.
Ilmu Allah bergantung dengan segala sesuatu
dalam bentuk sesuatu itu berada pada alam realiti kerana Allah menulis dan
mentaqdirkannya dalam bentuk tersebut. Ilmu tentang perkara tersebut bertepatan
dengan benda yang diketahui yang muncul pada alam realiti selepas itu. Allah
mengetahui dan mentaqdirkan benda-benda yang berlaku di dalam ini dengan
sebabnya. Sesiapa yang beranggapan bahawa Allah mengetahui dan mentaqdirkan
natijah tanpa pendahuluan-pendahuluannya dan musabbab tanpa sebabnya, bererti
telah memperkatakan perkara bathil terhadap Allah. Sebagai contoh , seseorang
mengatakan sekiranya Allah telah menqada’kan saya memperolehi anak, anak itu
akan saya perolehi tanpa perkahwinan dan tidak menyetubuhi wanita yang
ditaqdirkan oleh Allah menjadi ibu kepada anak-anak saya itu. Orang ini tidak
syak lagi adalah jahil. Ini adalah kerana apabila Allah telah mentaqdirkan
seseorang mempunyai anak, maka Allah juga telah mentaqdirkan sebab yan menyebabjkan
seseorang memperolehi anak itu. Menunggu sahaja musabbab yang ditentukan dan
telah tertulis di Luh Mahfuz tanpa mengambil sebab yang ditaqdirkan dan
tertulis juga bersamanya, hanya dilakukan oleh orang yang bodoh dan sesat
sahaja.
2.
Kedua, apabila Allah telah
mengetahui dan menulis tentang sesuatu dan memberitahu tentang perkara
tersebut, itu tidak cukup di dalam proses kewujudan benda yang diketahui dan
ditulis itu dan tidak juga memestikan ianya kosong daripada sebab-sebab.
HUBUNGAN
QADA’ DAN QADAR DENGAN REZEKI
Rezeki di sini bermaksud
bagian hamba dalam keperluan-keperluan kehidupan seperti makanan, pakaian,
tempat tinggal, harta, isteri, anak dan lain-lain.
Allah telah berfirman:
Bermaksud:
Dialah yang menjadikan
bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata ceruk rantau serta
makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan ingatlah kepada Allah jualah
(tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah
ni’matnya dan takutilah kemurkaannya).
Ayat ini menjelaskan sesiapa yang berusaha
dan menjelajah ke pelusuk muka bumi demi mencari rezeki, pasti dapat memakan
rezeki Allah, sebaliknya sesiapa yang malas dan tidak suka menjelajah ke
seluruh pelusuk muka bumi, tidak berhak memakan rezeki Allah.
Maksudnya:
Dan Ia menjadikan di bumi
gunung-ganang yang menetapnya (tersergam indah) di atasnya, serta Ia
melimpahkan berkat padanya dan Ia menentukan ada padanya bahan-bahan keperluan
hidup penduduknya sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan dikehendaki oleh
keadaan mereka ; (semuanya itu berlaku ) dalam empat masa.
Sunnah Allah memutuskan
rezeki tidak diperolehi kecuali dengan usaha dan bekerja dan ini merupakan
perkara yang diperintahkan oleh syara’. Sunnah-sunnah Allah kepada makhluknya
dan perintah-perintahnya di dalam syariatnya mewajibkan ke atas manusia bekerja
untuk mendapatkan rezeki. Sesiapa yang malas bekerja bererti telah mencanggahi
sunnah alam dan hukum-hukum syara’ sekaligus.Adalah diakui, ada dikalangan
manusia yang pintar, yang berusaha bersungguh-sungguh, bahkan siang dan malam
berusaha tetapi rezeki mereka sedikit. Ada di kalangan orang ramai yang hanya
berusaha sedikit tetapi memperolehi harta yang banyak. Malah ada yang didatangi
rezeki tanpa berpenat lelah dan sebarang usaha. Perkara ini sebenarnya merujuk
kepada beberapa perkara :
1.
Terdapat kecacatan di dalam fenomena kehidupan
masyarakat di mana pembahagian kekayaan dibahagikan secara tidak adil. Perkara
ini tidak boleh dibiarkan berterusan, sebaliknya wajib diperbetulkan semula.
2.
Fenomena tabi’i tidak seimbang.
Orang yang bekerja di dalam persekitaran yang tidak subur, tidak sama dengan
orang yang bekerja di dalam persekitaran yang kering kontang. Sebagai contoh,
orang yang bekerja di Amerika Syarikat tidak sama dengan orang yang bekerja di
padang pasir Afrika.
3.
Terdapat qadar yang tidak
diketahui manusia rahsia yang terkandung di dalamnya. Sesetengah orang
mengatakan ia sebagai nasib.
HUBUNGAN
QADHA’ DAN QADAR DENGAN AJAL
Menurut Syeikh Sulaiman
al-Asykar, rezeki dan umur melibatkan dua jenis; Pertama: Jenis yang berlaku
sebagaimana yang dilaksanakan oleh qadar dan ditetapkan di dalam Luh Mahfuz.
Jenis ini tidak akan berubah dan tidak dapat ditukarganti. Kedua: Iaitu jenis
yang hanya diketahui oleh Allah dan malaikatNya sahaja. Jenis inilah yang boleh
bertambah dan berkurang. Ini dijelaskan melalui firman Allah :
Yang bermaksud:
Allah menghapuskan apa jua yang
dikehendakinya dan menetapkan apa jua yang dikehendaki-Nya dan ingatlah pada
sisi-Nya ada ibu segala suratan.
Ummul kitab yang
dimaksudkan di dalam ayat ini ialah Luh Mahfuz yang telah Allah Qadarkan
mengikut ketentuanNya yang asal. Dalam buku-buku catatan malaikat, umur
seseorang boleh bertambah dan berkurang. Manusia yang menghubungkan tali
silaturahim akan bertambah rezeki dan ajalnya dan jika ia tidak berbuat
demikian, rezeki dan ajalnya akan berkurang.
HUBUNGAN
QADHA’ DAN QADAR DENGAN HIDAYAH
Dalam hal ini, sesetengah
orang berpendapat bahawa Allah menyesatkan dan memberi petunjuk kepada sesiapa
yang dikehendakiNya, justeru itu, mereka yang disesatkanNya sudah tentu tidak
ada orang lagi yang memberi petunjuk kepadanya. Anggapan ini adalah anggapan
yang berdasarkan beberapa ayat al-Quran tanpa memerhatikan dan mengaitkannya di
antara satu sama lain. Sebenarnya Allah mahu manusia bertanggungjawab terhadap
dirinya sendiri. Berasakan inilah timbulnya suruhan dan larangan, janji baik
dan janji buruk, pahala dan dosan, syurga dan neraka.
Maksudnya:
Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk
(menurut panduan al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya
itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang sesat, maka
sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan
seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan
dosa usahanya saja). Dan tiadalah kami azabkan sesiapapun sebelum kami
mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).
KEBAIKAN
BERIMAN KEPADA QADHA’ DAN QADAR
·
Penyerahan diri yang sempurna kepada Allah
Beriman kepada qadha dan
qadar menghasilkan penyerahan diri seseorang yang sempurna kepada Allah kerana
hamba yang mencintai tuannya yang mengetahui bahawa tuannya tidak melakukan
sesuatu kecuali ada hikmah di sebaliknya, sudah tentu hatinya tenteram walaupun
apa pun yang terjadi, jauh daripada perasaan cemas dan bimbang.
·
Pembinaan iman yang teguh
Beriman kepada qadha’ dan
qadar dapat membina keteguhan iman. Seandainya dunia ini bergoncang dahsyat
sekalipun, seseorang yang beriman dengannya tetap teguh bagaikan gunung yang
kuat. Walaupun datang angin putting beliung dia akan tetap bertahan kerana apa
yang dianggapnya sebagai buruk adalah pandangan yang relatif terbatas dan belum
tentu demikian menurut hikmah Allah.
·
Penghapusan sikap pesimisme
Beriman dengan qadha’ dan
qadar dapat menghapuskan pesimisme iaitu setelah seseorang beriman dan meyakini
secara total terhadap kebijaksanaan Allah. Justeru itu jiwanya menjadi tenang
dan hatinya stabil, bahkan pendertiaan itu bertukar menjadi ibadat, keresahan
menjadi ketenangan dan kegoncangan menjadi tenteram.
·
Berani berjihad dan menyatakan kebenaran
Beriman dan qadha’ dan qadar
akan menjadikan seseorang berani melancarkan jihad di jalan Allah. Seseorang
Islam yang berjihad yang berdepan dengan musuh Allah tidak merasakan kesakitan
bahkan merasai keharuman syurga serta kematian itu adalah satu kejayaan untuk
menemui Allah.
·
Tidak kecewa terhadap apa yang berlaku kepada diri
Apabila menghadapi kekalahan
atau kerugian, tidak berasa kecewa dan berputus asa malah perasaannya ialah
kemenangan.
·
Kemampuan mengawal diri
Beriman kepada qadha’ dan
qadar akan menjadikan seseorang itu akan menerima apa yang berlaku kepada
dirinya dengan meneladani sikap nabi Muhammad iaitu dengan akhlak yang disyariatkan
kepada baginda. Dia berjaya mengawal tabiat dan kecenderungannya walaupun
kadang-kadang dia berjaya mengalahkan tabiat itu dan kadang-kadang juga
dikalahkan oleh tabiat itu. Dia tidak pernah goncang oleh sesuatu kerana
ketetapan sudah menjadi miliknya dan tidak berasa takut kerana ketenangan sudah
berada dalam dirinya.
·
Redha kepada taqdir
Beriman kepada qadha dan
qadar menyedarkan seseorang yang dia adalah milik Allah. Tujuan akhir hidupnya
ialah bertemu Allah. Seseorang itu tidak mempunyai apa-apa kecuali diberi
peluang untuk hidup di bawah lindungan pengabdian diri kepada Allah. Pengabdian
ialah syiar dan payung hidupnya. Oleh itu, tidak ada menghalangnya daripada
redha dan ikhlas akan taqdir Allah dan berserah atas qadhaNya.
·
Berhati-hati dalam menjalani kehidupan
Beriman dengan qadha’ dan
qadar mewujudkan sikap berhati-hati di dalam diri seseorang, kerana dia tidak
tahu dengan jelas adakah dia merupakan orang yang akan mendapat petunjuk
daripada Allah atau orang yang bakal disesatkan oleh Allah. Apa yang dia tahu
ialah Allah menetapkan perjalanan hidup seseorang semenjak dari azali lagi.
Mereka sentiasa mengharapkan agar Allah menjadikannya termasuk ke dalam
golongan orang-orang yang bertaqwa dan mengikut jalan-jalan yang telah
ditunjukkan oleh para nabi dan rasul.
·
Sabar ketika menghadapi bala dan bencana
Beriman kepada qadha’ dan
qadar membuatkan seseorang dapat bersabar dalam menghadapi segala bencana yang
menimpa tanpa perasaa takut dan gelisah, bahkan menghadapi segala bencana yang
menimpa dengan tabah kerana mereka tahu bahawa segala bencana itu datangnya
daripada Allah. Malah dirinya juga dicipta oleh Allah. Mereka tidak akan
bersedih di atas apa yang luput dan tidak terlalu gembira terhadap apa yang
diperolehinya bahkan dia tetap seimbang. Mereka sedar bahawa mukmin yang kuat
adalah lebih baik daripa mukmin yang lemah.
·
Qana’ah terhadap pembahagian Allah
Beriman kepada qadha dan
qadar Alllah menjadikan seseorang redha dan qana’ah terhadap rezeki yang
dikurniakan oleh Allah. Ini akan melahirkan rasa tenang di dalam jiwanya. Di
kalangan manusia, ada yang apabila dikurniakan dengan satu lembah emas, masih
bercita-cita untuk mencari lembah emas kedua. Jika dikurniakan dengan lembah
kedua, dia akan mencari lagi tanpa puas. Orang kaya yang sebenar ialah orang
yang kaya jiwanya. Orang ini akan mencari rezeki dengan penuh kesungguhan
tetapi meraikan batas-batas kesederhanaan, bukan sepertimana orang-orang yang
tamak.
DAFTAR
PUSTAKA
Abdul Aziz Umar Ahmad, Asas Aqidah Islam: 2000, Kota
Bahru, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari, Manhaj Aqidah Ahli Sunnah Wa
al-Jamaah Dalam Memahami Qadha’ dan Qadar: 2004, Jakarta, Al-Hidayah
Publishers.
Haji Said Haji Ibrahim, Aqidah Ali Sunnah
Waljama’ah:1996, Kuala Lumpur ,
Darul Ma’rifah.
Ibnu Qayyim al-Jauziyah, Qadha dan Qadar, Ulasan Tuntas
Masalah Taqdir ( terjemahan) : 2003, Jakarta, Pustaka Azam
Ishak Mohd. Rejab, Asas-asas Aqidah Islamiyah: 1992, Jakarta,
Pustaka Azam
Syeikh Abdullah Muhammad
Basmih, Mastika Hadis Sasullullah S.A.W. Jld. 1:1995,
Kuala Lumpur, Bagian hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar